~AKSI RUBIANS@TOT7-2010~
Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia.

Mungkin agak lewat untuk saya berkongsi suasana Temasya Olahraga Tahunan kali ke-7. Namun, inilah kesempatan yang saya ada. Mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. 
Kontinjen DELIMA

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Rubians yang sentiasa bersemangat waja & membara. Memang kena dengan warna merah tu. Tahniah juga atas pencapaian tempat ke-2 untuk markah keseluruhan TOT7. Tahniah juga kepada penarik tali DELIMA, walaupun tewas tetapi bergaya (ye ke?). Hehehe....Kita cuba lagi tahun depan. Yang nak masuk, bina badan, otot. Makan protein banyak2, selalu bersenam. Tahniah juga kepada Rubian dari Tingkatan 1 yang terpilih sebagai Olahragawati TOT7. (nama saya dah lupa, maaf!).


Atlit Delima penuh bertenaga

Photographer DELIMA yang sesekali masuk frame.
Atlit-atlit 4x100m B18
Boss Rumah Delima - Ustaz Khairi
Sidekick paling hebat rumah DELIMA - Cikgu Sharibi
Inilah Olahragawati TOT7 - dari rumah DELIMA!

Sebelum terlupa, saya nak ingatkan kepada pelawat blog DELIMA. Shoutbox kami bukan tempat untuk berkonfrontasi, kutuk-mengutuk, mengata. Itu BUKAN amalan kami. Malahan, BUKAN AMALAN ORANG YANG BERIMAN. Jangan menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata. Lidah sememangnya tidak bertulang.Lidah jugalah yang menyebabkan banyak dosa kita dapat tanpa disedari. Jangan biasakan JARI2 anda menaip perkataan yang tidak relevan dan membawa kepada rosaknya perpaduan sesama kita. Muslim itu bersaudara dan diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu badan. Andai satu anggota disakiti, anggota yang lain juga akan merasa sakitnya.
"DELIMA bersatu, DELIMA maju!"
Pingat kemenangan.
MaMaDELIMA yang sentiasa sibuk dan bersemangat.
Lautan merah DELIMA

Akhir kata, sistem rumah ini bukan untuk bersengketa tetapi untuk menjadi platform bagi persaingan yang sihat. Bersainglah dengan sihat dan bermaruah.Gunakan akal bila berkata dan bertindak. Mulianya manusia itu terletak pada akalnya!

Terima kasih.
Labels: 0 comments | edit post
Reactions: 
~TAHNIAH KEPADA SEMUA ATLIT DELIMA~
Pada petang tadi (1 April 2010) telah diadakan acara penyampaian hadiah untuk acara pra-sukan dan acara tarik tali penentuan tempa ke-3 dan 4 (antara Nilam & Zamrud). Acara penyampaian hadiah bermula pada jam 3.30 petang.

Para atlit Rubians, banyak menguasai acara lontar, rejam dan lempar. Acara lari-lari juga ada, tapi kurang menyerlah berbanding Nilam.Tak apa, Temasya Olahraga Tahunan di Kompleks Rakan Muda Kampar, Sabtu ini kita pulun habis-habisan.

Kedudukan markah untuk sukan tahunan, Delima ditangga ke-2, mengekori Nilam dengan perbezaan hanya 8 mata. mengikut rapat Delima ialah Mutiara dengan beza 3 markah! Rubians kena kerja keras, jangan sampai Mutiara memotong kedudukan kita.

Alhamdulillah, tarik tali kita layak ke final melawan Mutiara. Semoga kemenangan milik kita bersama.
Gambatte!!!




Labels: 0 comments | edit post
Reactions: 
~LOGO RASMI RUMAH DELIMA~
Setelah sekian lama diperjuangkan untuk menukar logo rumah yang baru (sejak tahun 2009 lagi), akhirnya 2010 menjadikannya suatu realiti. Akhirnya logo rasmi rumah Delima telah diperakui oleh pentadbir SBP Integrasi Gopeng. Logo ini hasil rekaan Che'Gu Fazli dengan bantuan idea daripada Rubians serta Miss Akmar. 

Keterangan lanjut tentang maksud tersirat pada logo akan dijelaskan kemudian.


Labels: 0 comments | edit post
Reactions: 
~SELAMAT BERCUTI~
Assalamualaikum & Salam Persaudaraan untuk semua.

Hari ini, bila masuk dalam kelas Che'Gu lihat kebanyakan pelajar tersenyum. Muka nampak ceria. Maklum la, esok semua dapat balik kampung. Jumpa mak ayah, adik-abang-kakak. Pendek kata bersua dengan keluarga tersayang kerana Cuti Tahun Baru Cina, bermula 13 Feb hingga 21 Feb. 2010.

Pesan Che'Gu, jaga diri baik2. Manfaatkan masa cuti sebaiknya. Jangan lupa baca buku sebab Ujian Selaras 1 makin menjelang tiba. Selamat bercuti diucapkan. Dari guru-guru rumah Delima.
Labels: 0 comments | edit post
Reactions: 
  • RUBIANS

    HATI DELIMA