~AKSI RUBIANS@TOT7-2010~
Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia.

Mungkin agak lewat untuk saya berkongsi suasana Temasya Olahraga Tahunan kali ke-7. Namun, inilah kesempatan yang saya ada. Mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. 
Kontinjen DELIMA

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Rubians yang sentiasa bersemangat waja & membara. Memang kena dengan warna merah tu. Tahniah juga atas pencapaian tempat ke-2 untuk markah keseluruhan TOT7. Tahniah juga kepada penarik tali DELIMA, walaupun tewas tetapi bergaya (ye ke?). Hehehe....Kita cuba lagi tahun depan. Yang nak masuk, bina badan, otot. Makan protein banyak2, selalu bersenam. Tahniah juga kepada Rubian dari Tingkatan 1 yang terpilih sebagai Olahragawati TOT7. (nama saya dah lupa, maaf!).


Atlit Delima penuh bertenaga

Photographer DELIMA yang sesekali masuk frame.
Atlit-atlit 4x100m B18
Boss Rumah Delima - Ustaz Khairi
Sidekick paling hebat rumah DELIMA - Cikgu Sharibi
Inilah Olahragawati TOT7 - dari rumah DELIMA!

Sebelum terlupa, saya nak ingatkan kepada pelawat blog DELIMA. Shoutbox kami bukan tempat untuk berkonfrontasi, kutuk-mengutuk, mengata. Itu BUKAN amalan kami. Malahan, BUKAN AMALAN ORANG YANG BERIMAN. Jangan menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata. Lidah sememangnya tidak bertulang.Lidah jugalah yang menyebabkan banyak dosa kita dapat tanpa disedari. Jangan biasakan JARI2 anda menaip perkataan yang tidak relevan dan membawa kepada rosaknya perpaduan sesama kita. Muslim itu bersaudara dan diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu badan. Andai satu anggota disakiti, anggota yang lain juga akan merasa sakitnya.
"DELIMA bersatu, DELIMA maju!"
Pingat kemenangan.
MaMaDELIMA yang sentiasa sibuk dan bersemangat.
Lautan merah DELIMA

Akhir kata, sistem rumah ini bukan untuk bersengketa tetapi untuk menjadi platform bagi persaingan yang sihat. Bersainglah dengan sihat dan bermaruah.Gunakan akal bila berkata dan bertindak. Mulianya manusia itu terletak pada akalnya!

Terima kasih.
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Catat Ulasan

  • RUBIANS

    HATI DELIMA