~KAMI JOHAN SENAMROBIK!~

Alhamdulillah, RUBIANS yang berlatih senamrobik siang-malam pasti masih tersenyum mengenangkan kejadian semalam. Hari ini mungkin bercerita perkara yang sama. Berkongsi kegembiraan RUBIANS. Che'Gu pun tumpang bangga.

Semalam (20 Ogos 2009), telah berlangsung Pertandingan Senamrobik InterRumah sempena Bulan Kecergasan 2009 anjuran Jabatan Kemanusiaan. Semua rumah sukan menunjukkan semangat kesukanan yang sangat tinggi dan kreatif mencipta gerak senamrobik masing2.

Acara bermula tepat jam 4.00 petang. Kumpulan pertama yang mempersembahkan senamrobik mereka ialah Rumah Mutiara, diikuti Rumah DELIMA, seterusnya Rumah Nilam dan diakhiri oleh Rumah Zamrud. Setelah menunggu hakim mengira markah, akhirnya diumumkan pemenangnya. DELIMA Juara Pertandingan Senamrobik 2009 dan menjadi JOHAN KESELURUHAN BULAN KECERGASAN 2009.

TAHNIAH buat semua RUBIANS!!!!










0 Responses

Catat Ulasan

  • RUBIANS

    HATI DELIMA