~EXAM DAH HABIS TAPI..~
Alhamdulillah, RUBIANS form 1-4 sudah boleh menarik nafas lega. Ujian Selaras 2/2009 dah pun berakhir semalam. Percubaan PMR pula pagi ni berakhir. MERDEKA!!! Tapi jangan lalai sangat dengan merdeka anda tu. Keputusan peperiksaan belum dapat lagi, jangan terlalu awal meraikannya. Nanti ada yang menangis pula bila dapat result. Berpada2 lah ya! PMR sebenar dah xlama, untuk RUBIANS form 3, teruskan usaha. Yang lain pula, Ujian Diagnostik masih ada, hujung tahun nanti.

Petang semalam, kelihatan semua rumah sukan (Zamrud, Mutiara, Nilam & of course DELIMA) sedang giat berlatih senamrobik. Ada pertandingan senamrobik antara rumah pada minggu hadapan sempena Bulan Kecergasan.

Kat bawah ni ada sekeping dua gambar yang sempat di'snap'. Xtau la apa konsep senamrobik diorang ni. Macam2 gaya. Lagu ada macam2, orang putih la, siam pun ada, melayu pun tak ketinggalan.

0 Responses

Catat Ulasan

  • RUBIANS

    HATI DELIMA