~MEMO FROM CHIEF ADVISOR TEACHER~
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA untuk semua RUBIANS (panggilan untuk ahli Delima - Cikgu cipta sendiri, xtau kome suke ke idok. Kalau ada cadangan lain, sila komen ye!).

Blog ini dihasilkan pada bulan 3/2009 lagi. Tapi sebab banyak tugas lain, terabai seketika projek percubaan ni. Dan hari ini baru ada masa sikit untuk menulis.

Tahun ni masuk tahun ke-3 Che'gu menjadi Ketua Guru Penasihat untuk Delima. Rasanya tahun depan mungkin akan ada guru lain yang akan mengambil alih tugas ni. Siapa dia? Tunggu dan lihat. Tapi saya akan terus memegang tugas sebagai penulis blog DELIMA ini walaupun tanpa tauliah daripada sesiapa.

Mungkin ada yang tertanya2 kenapa perlu ada blog DELIMA? Itu yang menarik perhatian Che'gu. Antara tujuan blog DELIMA ini diwujudkan adalah untuk mengumpulkan segala maklumat berkaitan rumah DELIMA dan berkongsi segala kejadian/peristiwa yang melibatkan RUBIANS sepanjang tahun. Mungkin akan ada ruangan untuk RUBIANS menyumbang karya dan pendapat dalam blog DELIMA ini.

Kepada RUBIANS mahupun ex-RUBIANS di luar sana, silalah daftar sebagai RUBIANS dan menjadi 'follower' blog ini. Setakat ini sahaja dahulu coretan minda dari Che'gu. Insya-Allah, ada kelapangan Che'gu akan menulis lagi.
Labels: edit post
2 Responses
  1. Unknown Says:

    salam" saya cuma nak ckp... ayat delima tu saya yg cipta utk dorm delima2 aspura... so saya agak sedih juga lah.. ayat tu penat saya pikir. kalau nak guna pun at least tanya lah saya dulu or budak delima2 aspura dulu(rasa sedih bile ayat penat2 wat kena amik ngan org lain) maaf kalau terkasar bhs kerna agak terkejut bile nampak ayat itu digunakan... (nak sedikit penghargaan je)

    ex-ketua delima 2 2007-2008


  2. To Afiq,
    Maaf ye, nak tanya ayat yang mana 1? STRIVE TO THE HIGHEST ke? Ok, xpe...nanti Che'gu kreditkan nama kamu & dorm Delima 2. Ooo-yeah, jgn kecik hati ek. Che'gu pun xtau slogan tu datang dari mana@siapa. Che'gu tgk diorg guna pada logo baru, Che'gu jadikan la title. Next time I'll make an entry about dat...dun worry!


Catat Ulasan

  • RUBIANS

    HATI DELIMA